Description
Pengalaman Saya Sebagai Penanalisis Saham– EDISI KEDUA DARIPADA PETER LIM TZE CHENG
Pengetahuan yang umumnya datang dengan pengalaman bertahun-tahun.
Saya bukan Warren Buffet. Saya juga bukan Charlie Munger. Malah, saya tak menganggap diri saya seorang guru pelaburan.
“Pengalaman Saya sebagai Penganalisis Saham” ditulis untuk berkongsi pengalaman saya menjadi penganalisis dan pengurus dana. Buku ini bukan ditulis untuk bermegah-megah dengan kejayaan saya. Ia ibarat satu perkakas penting untuk melengkapkan pembacanya dengan joran memancing dan mengajar teknik memancing yang betul – dan bukan untuk berbangga dengan saiz ikan yang saya pernah tangkap.
Buat pembaca-pembaca baru dan mereka yang menemui buku ini buat pertama kali, buku ini dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian 1: Amanah Saham sebagai Satu Pelaburan ditulis untuk mereka yang mahu melabur dalam pasaran saham tetapi tiada minat atau sumber atau masa untuk menganalisis syarikat-syarikat persendirian. Bagi mereka, cara yang paling mudah adalah menerusi pelaburan dalam amanah saham. Bahagian ini akan membimbing pelabur tentang kaedah dan cara untuk melabur dalam amanah saham.
Bahagian II: Saham Sebagai Satu Pelaburan adalah untuk mereka yang ingin melabur terus ke dalam pasaran saham. Bahagian ini akan membantu pelabur-pelabur individu untuk mengelak daripada melabur tanpa usul-periksa dengan memahami asas-asas penyata kewangan, nisbah-nisbah kewangan, kaedah penilaian asas, dan aspek-aspek lain analisis yang perlu dipertimbangkan apabila menganalisis sesebuah syarikat.
Kepada pelabur-pelabur amanah saham, saya harap buku ini akan memperdalam pemahaman anda tentang mekanisme asas bagaimana amanah saham berfungsi.
Kepada pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham, saya berharap agar buku ini melengkapkan anda dengan konsep dan kaedah asas untuk digunakan dalam menilai sesuatu syarikat sebelum melabur ke dalam syarikat-syarikat tersebut.
LIMA BAB BARU:
- Mengukur Perkara Kualitatif: Perspektif Yang Berbeza Terhadap Teori Kewangan Moden
- Apa yang Mempengaruhi Harga Saham?
- Siapa Sangka Jadi Begitu?
- Kenapa Anda Mahu menjadi Seorang Pengurus Dana?
- Tempoh Paling Mencabar Dalam Kerjaya Saya.
Reviews
There are no reviews yet.